1 komen Saturday, November 15, 2008

Exam baru habis
Tapi study masih study...
Orang lain exam pun tak habis, tapi dah kene start kerja...


Introduction to Convergence Theory

Recall that a function f is differentiable iff it is differentiable at all points in its domain
A priori knowledge of generalized derivatives such as the frechet derivative is not necessary

From undergraduate calculus,
Let f : X -> Y be differentiable, then f is continuous
The converse is not true.
Note X and Y are usually taken to be the reals in undergrad calc, but this holds for more general spaces as well

One might wonder however, could we not find a topology such that differentiability equals continuity?
This was answered negatively by ...(forgot who, this part kene review balik after this)

However it turns out that we can generalize topological spaces such that differentiability IS continuity, such spaces are called convergence spaces(well at least that's what I think it's called)

A relation between filters on a set X and the elements of X, denoted by
x in lim F
is called a convergence on X
provided that G contains F implies lim G contains lim F
and that the principal ultrafilter of every x is in this relation with x.

Each topological space defines a convergence space on the same set, x in lim F whenever F contains every open set containing x.
Such a convergence is said to be topological.

This sounds like a whole lot of mumbo jumbo to me atm.
Unfortunately since my uni does not offer undergraduate topology atm for some reason, I'll have to read up on some stuff first

Next up, Filters(generalization of nets)
Will probly only touch a few bits here and there, while putting stuff like filter bases and whatnot into an appendix

0 komen Wednesday, August 06, 2008

Setelah seminggu kurang sihat, hari ini terasa sedikit segar berbanding sebelumnya.
Maybe it's just me, tapi terasa kurang pula mengingati Allah ketika sakit, berbanding ketika sihat
Kontra dengan kebiasaan manusia, yang sememangnya senang ingat kepada Allah bila susah tetapi selalu lupa ketika senang....
Mungkin inilah yang dikatakan manusia, berbeza-beza hati mereka. Diri yang tak pernah merasa susah, mudah terlupa akan Allah bila ditimpa sedikit ujian.
Studies pun agak terabur...begitu mudah hidup manusia jadi tidak terurus hanya dengan sedikit sahaja nikmat yang ditarik sebentar...terlalu leka dan take for granted
Tak kesah sangat, studies tak jalan takde yang mati. Tapi tak ingat kat Allah, hati mati.
Astaghfirullah....

Apapun, detik-detik beginilah yang mengajar nilai setiap saat dalam diri kita.
Alhamdulillah hari ini berjaya meneruskan puasa setelah tergendala beberapa hari...sebelum ini tewas dengan dependency on ibuprofen
Moga selepas ini lebih mensyukuri nikmat yang ada...jikalau ada yang ditarik pun masih banyak nikmat lain yang perlu disyukuri

Firman Allah :


وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ

" ... dan dia(Sulaiman) berkata, : Wahai manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh, (semua) ini benar-benar kurnia yang nyata."
(27:16)


فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

" ... dan dia berdoa : Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku ... "
(27:19)

0 komen Sunday, August 03, 2008

Sudah pergi Bulan Rejab, tiba pula Bulan Sya'ban
Mungkin ramai yang lebih asyik memikirkan bulan Ramadhan yang bakal tiba(dan Raya yang akan mengiringi)
Tetapi janganlah disia-siakan bulan ini begitu saja ...
Islam bukan pakaian untuk dipakai bila kita rasa hendak memakainya seperti bulan Ramadhan
dan dicampak ke tepi setelah tibanya Syawal, alangkah ruginya sekiranya kita tergolong dalam kategori sedemikian
Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya'ban dengan amalan2 soleh

Al-Bukhari dan Muslim(1156) meriwayatkan dari A’ishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa keseluruhan bulan kecuali pada bulan Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dengan kerap di dalam bulan-bulan lain melainkan bulan Sha’ban.”

Kata An-Nawawi : Yang kedua menerangkan yang pertama, yakni 'seluruh sya'ban' bermaksud 'kebanyakan dari bulan sya'ban'

Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid bahawa Rasulullah s.a.w menjawab setelah ditanya "Ini adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Ahmad dan an-Nasa'i)

Adapun Nisfu Sya'ban itu, tidaklah dikhususkan sebarang ibadat. Sekalipun terdapat riwayat tentang kelebihan Nisfu Sya'ban, tetapi tiada sandaran untuk mengkhususkan ibadah-ibadah tertentu.
Puasa padanya sama seperti puasa hari lain di bulan Sya'ban
Solat padanya sama seperti solat lain di bulan Sya'ban
Mari kita mempersiapkan diri untuk meraih barakah pada Ramadan yang bakal tiba
Semoga amalan kita membawa kita ke jalan yang lurus

Ya Allah, Ampunkanlah dosa kami, Rahmatilah hidup kami
Hidupkanlah hati dan ruh kami dengan hidayahMu, seperti engkau menghidupkan tanah yang tandus dengan air, lalu keluar darinya tumbuhan dan tanaman yang subur
Amin

0 komen Monday, June 09, 2008

Khamis ni start exam
Dup Dap Dup Dap, degupan jantung bertambah kencang
Apa yang dirisaukan? Kantoi exam?
Tak lulus kertas? Kene repeat? Macam-macam lagi?
Kegusaran yang biasa melanda hati insan yang bergelar pelajar

Bagi sahabat yang menghadapi exam, janganlah bersusah hati
Firman Allah :

" ... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Al-Anfal : 46)

" .. Dan Allah bersama-sama orang yang berbuat baik ..." (29:69)

Perbanyakkanlah usaha dan doa :

Dari Anas ibn Maalik berkata : jika suatu kerisauan datang kepada Rasulullah s.a.w, baginda akan berkata "Ya Hayyu ya Qayyumm bi rahmatika astagheeth
(Ya Hayyu ya Qayyum, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan)".
- Riwayat At-Tirmidhi

Dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allahuma la sahla illa ma ja'altahu sahlah, wa anta taj'alul hazana iza shi'ta sahlah.
(Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau boleh memudahkan kesusahan sekiranya Engkau mahu)
- Riwayat Ibn Hibban

Sekiranya tidak dapat apa yang dipinta, mungkin ada kekurangan dari pihak kita
Ataupun mungkin sekadar peringatan, bahawa studies bukan segalanya
Menyedarkan kita bahawa perancangan Allah mengatakan perancangan manusia
Dan Allah mengetahui, sedangkan kita tidak mengetahui

" ... dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya " (50:16)

0 komen Sunday, June 08, 2008

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

0 komen Thursday, May 15, 2008

Sungguh aku akan menjadikan peperangan terhadap mereka ahlul ahwa’ dan bid’ah sebagai kebiasaanku
Dan sungguh aku akan membongkar kedok mereka di hadapan orang banyak
Memotong kulit mereka dengan lisanku
Akan kusingkap rahasia-rahasia yang selama ini tersembunyi
Bagi orang yang lemah diantara makhluk-Mu, dari mereka dengan penjelasan
Aku akan selalu membidik mereka hingga dimanapun mereka berada
Hingga dikatakan hamba yang paling jauh
Sungguh aku akan merajam mereka dengan bukti-bukti petunjuk
Sebagai rajam terhadap pembangkang dengan bintang yang gemerlapan
Sungguh aku akan menggagalkan tipu daya mereka
Dan aku akan mendatangi mereka di setiap tempat
Sungguh aku akan buat daging-daging mereka menjadi darah mereka
Pada hari datangnya pertolongan-Mu adalah pengorbanan yang sangat besar
Sungguh aku akan datangkan pada mereka pasukan tentara
Yang takkan lari ketika dua pasukan telah saling berhadapan
Dengan membawakan pasukan tentara pengikut wahyu dan hati nurani
Memadukan logika dan nash-nash syariat dengan baik
Hingga jelaslah bagi orang yang berakal
Siapa yang lebih utama menurut logika dan petunjuk
Sungguh aku akan menasehati mereka karena Allah kemudian Rasul-Nya
Kitab-Nya dan syariat-syariat keimanan
Jika tuhanku menghendaki dengan saya kekuatan-Nya
Jika tidak dikehendaki, maka perkara itu kembali kepada Tuhan Yang Maha Pengasih

0 komen Wednesday, May 07, 2008

Assignment lagi minggu ni
Minggu depan pun ada lagi
Lumrah pelajar, kerja datang tanpa henti
Lumrah orang beriman, ujian datang bertalu-talu
Kadangkala terasa berat dipikul bahu
Bukan kerna tak sanggup melaksanakan tanggungjawab
Tapi risau tak melakukan sebaik mungkin

Sambil mengambil nafas dan mengumpul tenaga, ana membelek-belek kitab Al-Fawaid karangan Ibn Al-Qayyim

"Seringkali seorang hamba Allah dikurniakan pelbagai nikmat/rahmat tetapi dia menjadi bosan dan ingin menukarkannya dengan nikmat yang lain yang difikirkannya lebih bagus. Sebenarnya, Allah Ar-Rahim tidak akan menghilangkan nikmat itu, dan Allah mengampunkan kejahilan dan pilihannya yang buruk, sehinggalah dia merasa tidak sanggup untuk menerima nikmat tersebut, tidak puas dengan apa yang ada, dan merungut tentangnya. Maka Allah akan mengambil nikmat itu darinya."

Memang lazimnya manusia tidak menghargai apa yang dimiliki sehinggalah ianya tidak dimiliki lagi.

" ... maka ingatlah akan nikmat-nikmat Allah agar kamu beruntung" (7:69)
" ... dan syukurilah nikmat-nikmat Allah, jika hanya Dialah yang kamu sembah" (16:114)
" Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan" (16:53)

Bila susah mintak tolong.
Bila senang lupa daratan.
Alangkah malunya nanti bila berhadapan
Pada hari yang dijnajikan

0 komen Tuesday, April 29, 2008

nak post
Bukan kerana penat
Tapi kerana hati
Bergetar merenung diri

Pandang kanan pandang kiri
Ku gagahkan langkah kaki
Yang goyah ku cengkami
Agar tetap di jalan Ilahi

Nasi sejuk dimamah laju
Terkenang mereka yang bersedih pilu
Masa hidup kian berlalu
Hendak menghadapNya sangatlah malu

0 komen Sunday, April 27, 2008

Dulu...

Ku lihat teman berjalan laju di hadapan
Sedangkan langkahku sangat perlahan
Kedua tangan membawa risalah
Tetapi kaki dibelenggu jahiliyyah

Kini...

Ku menanggalkan rantai-rantai silam
Terjun ke dalam lautan yang dalam
Ku hulurkan harta dan jiwa
Kepada Dia yang Maha Kuasa

Akan...

Ku bangkit membawa diri
Maju mengibarkan panji
Menyuluh jalan untuk yang tercari-cari
Tanpa dilupai mereka yang sepi


*Time ni tgh bosan buat Maths, nak tdo tak ngantuk plak....

0 komen

"Hey mate, would you like to answer a questionnaire?"
Soalan yang lazimnya ku menjawab tidak, menyentak diri dari lamunan.
Dengan izin yang Maha Kuasa, digerakkan hatiku untuk menyawab "Yes" pula kali ini.
Rupa-rupanya soalan tentang religion. Ana hanya mampu tersenyum sambil mengambil kertas yang dihulurkan.
Sedikit sebanyak soalan yang ditanya mereka berdua(pelajar university seperti ana juga, tapi beragama Kristian) dijawab sedaya upaya ketika mengisi borang tersebut.
Setelah selesai, maka mereka pun mengajukan soalan-soalan peribadi mereka.

Semakin lama soalan semakin mencabar. Peluh mula membasahi dahi. Tangan terketar-ketar menggambarkan goncangan hati.
Bukan kerana iman bergoncang, tetapi memikirkan tanggungjawab da'wah yang mungkin tidak mampu terlaksana.
Rupanya bukan senang hendak menyakinkan orang lain.
Mungkin boleh untuk diceritakan tentang kebatilan agama mereka. Akan tetapi mereka pun seperti kebanyakan kita, bertaqlid kepada paderi-paderi mereka.
Bagaimanakah untuk menerangkan tentang al-Haq kepada mereka yang tidak mengetahuinya?
Sedangkan hendak mentarbiyyah orang-orang Islam sendiri pun kadangkala terpaksa mengumpul kekuatan rohani dahulu.

"When people go to sleep, I let my tears flow, and I recite a verse of the most eloquent poetry
"Is it not a waste that nights go by and I do not increase in knowledge, yet this time is counted as part of my life? " "

Saat-saat sebeginilah terasanya kedhaifan ilmu yang dimiliki, dan beratnya beban di atas diri.

“Aku seakan terbayang bagaimana orang Australia dan Amerika apabila berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat, lalu Allah bertanya mereka: “Mengapakah kamu tidak mengenaliKu dengan cara yang betul dan beramal dengan amalan yang soleh dan bersiap menghadapi hari pertemuan ini?”. Mereka akan menjawab: “Sesungguhnya arab yang mewarisi agamaMu telah menghalang cahaya agamanya, atau memadamkan lampu-lampunya, mereka biarkan kami dan diri mereka dalam kegelapan”. ( Muhammad al-Ghazali, Turathuna al-Fikri, m.s 32, Amerika: Al-Ma’had al-’Alami li al-Fikri al-Islami).

Ana berdoa agar kekurangan diri diampunkan Allah, dan janganlah kerana salah silap ana, menghalang orang-orang lain dari memasuki Islam.
Mengalir air mata memikirkan sekirannya ditanya pada hari akhirat, mengapakah ana membiarkan sahaja diri sendiri dan ikhwah lain berada dalam kejahilan.

"Pada hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak. Melainkan dia yang datang kepada Allah dengan qalbun salim" (26:88-89)

Pengalaman sebegini mengajar maksud sebenar susah. Setiap kali ana ingin mengeluh letih,penat ataupun susah, keluhan itu tidak kesampaian
Dibandingkan dengan ujian-ujian orang mu'min sebelum kita, apalah susahnya ujian-ujian university. ..terasa seperti langit dan bumi bezanya
Moga Allah memberikan juga kekuatan kepada kita sepertimana orang-orang sebelum kita telah dibantu dengan bantuan Allah. Andaikata mereka hanya mengeluh dan tidak bangkit mengibarkan panji da'wah, jalan manakah yang kita akan mengikuti sekarang...

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا

اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.

"O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!

0 komen Saturday, April 26, 2008

20. About that which befalls a believer, both small and great

Firman Allah : "Orang-orang yang bila ditimpa musibah, mereka berkata Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampun dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (2:156)

110) Rasulullah s.a.w. bersabda : "Katakanlah " Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali" apabila berlaku kesusahan, sekalipun melibatkan tali kasut, kerana itupun dikira suatu kesusahan"
(Ibn as-Sunni)

0 komen Monday, April 21, 2008

Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah's Introduction

Dengan menyebut nama Alllah Ar-Rahman Ar-Rahim
O Allah, bless the most noble of your creations, Muhammad, and to Allah be praise, and that is all that need be said, and peace be upon His servants whom He has chosen. I bear witness that there is no God but Allah alone, He having no associate, and I bear witness that Muhammad is his servant and his messenger.

Firman Allah Ta'ala : " Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Dia akan memperbaiki amalan kamu dan akan mengampunkan dosa-dosa kamu. " ( 33:70-71)
Dan Firman Allah Ta'ala lagi : " Unto Him goodly words ascend, and the pious deed does he exalt. " (35:10)
Dan FirmanNya lagi : " Maka ingatlah kepada-ku, Aku pun akan mengingati kamu, dan bersyukurlah kepadaKu. " (2:152)
Dan FirmanNya lagi : " Ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyak peringatan " (33 : 41)
Dan FirmanNya lagi : "Laki-laki dan perempuan yang banyak mengingati Allah" (33:35)
Dan FirmanNya lagi : "Mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring" ( 3:191)
Dan FirmanNya lagi : "Apabila kamu bertemu satu pasukan(musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah Allah dengan banyak" (8:45)
Dan FirmanNya lagi : "Dan apabila kamu selesai menunaikan haji(manaasikakum) maka berzikirlah kepada Allah sebagaimana kamu menyebut-nyebut nenek moyang kamu, bahkan lebih dari itu lagi" (2:200)
Dan FirmanNya lagi : "Janganlah harta benda ataupun anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah" (63:9)
Dan FirmanNya lagi : "Orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli daripada mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat"(24:37)
Dan FirmanNya lagi : "Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada pagi dan petang, dan janganlah kamu masuk golongan yang lengah" (7:205)

0 komen Sunday, April 20, 2008

Kalau hendak difikirkan, masa memang tak penah cukup. Apatah lagi dengan kesibukan hidup bkn sahaja sebagai seorang pelajar, tapi sebagai seorang muslim, seorang anak, seorang abang, seorang saudara dan pelbagai lagi tanggungjawab.

Keinginan ana untuk selalu mengupdate blog ini dengan tulisan2 sendiri agak tidak kesampaian. Justeru itu kemungkinan besar ana akan menceduk sedikit sebanyak dari tulisan2 ulama2 yang ana rasa berkaitan rapat dengan kehidupan seharian dan senang(jikalau ada usaha) untuk mempraktikkannya.

InsyaAllah sebagai permulaan ana akan mengutarakan sedikit kata2 dari Al-Kalim At-Tayyib karangan Ibn Taymiyyah, dgn penelitian hadith oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani dan translasi oleh Ezzeddin Ibrahim dan Denys Johnson-Davies (The Goodly Word, terbitan Dar El Shorouk, dgn pendahuluan dari Yusuf Al-Qardhawi)
InsyaAllah juga ana akan membentangkan beberapa perkara sekitar solat dari kitab karangan Imam Ahmad ibn Muhammad ibn Hanbal.

Agar bersesuaian dengan muqallid dan juga mereka yang ingin berittiba', ana tidak akan membincangkan hal2 seperti tarjih dan takhrij ataupun sanad, yang melibatkan mustolah hadith. Sebaliknya ana akan menumpukan terhadap hadith2 yang dipersetujui.

Jikalau ana merasakan bahawa translasi dari English ke BM kurang sesuai maka ana mungkin akan memaparkan English translation sahaja(kalau ada yang nak matan asal boleh mintak, tetapi kedhaifan ilmu ana menyebabkan ana tidak berupaya untuk menterjemah dari arab ke bahasa melayu)

0 komen Saturday, April 19, 2008

Kalau nama dah pelajar, tak dapat lari dari ujian(manusia punya ujian, tapi semuanya berasal dari Allah)
Time ni kelam kabut nak study usually. Tapi macam biasa celik2 mata dah hari Sabtu(sebagai contoh).

Kebiasaan orang memang akan rasa resah hati.
Fitrah setiap insan tidak kira agama, ketika ditimpa ujian maka akan meminta dan mengharap kepada yang lebih berkuasa darinya.
Seperti contoh, dalam kelas ana haritu tiba2 ada seorang classmate berkata dengan kuatnya " Oh my God " tatkala keluarnya theorem2 yang sangat sukar untuk ditulis, apatah lagi hendak disebut difahami


Tiba-tiba satu malam tu ana terjumpa suatu quote yang menyentak diri dari lamunan.

"When people go to sleep, I let my tears flow, and I recite a verse of the most eloquent poetry.
Is it not a waste that nights go by and I do not increase in knowledge, yet this time is counted as part of my life?"
Mengalir air mata apabila memikirkan sekiranya ditanya oleh Allah pada hari akhirat tentang masa yang digunakan, amal yang dilakukan, ilmu yang dipelajari.


Teringat pula Nabi Sulaiman a.s. yang walaupun memiliki segala macam ilmu dan harta, tetapi dia tetap mengatakan bahawa semuanya hanyalah rahmat dari Allah. Bahkan baginda juga berdoa agar diberi keupayaan untuk terus bersyukur atas nikmat yang diberikan.(27 : 18-19)


Allah memberikan ilmu kepada sesiapa yang dikehendaki.

Kepada yang sudah, akan, ataupun sedang menjawab peperiksaan, ana mendoakan kejayaan buat semua.
Jikalau keputusan tidak begitu memberangsangkan, mungkin itu satu reminder dari Allah.

Mungkin ada salah silap kita, mungkin tidak cukup usaha, ataupun mungkin hanya sebagai peringatan bahawa sejauh mana usaha dan perancangan kita,
al-qada' wal-qadar yang Maha Esa mengatasi segalanya.
Allah mengetahui, sedangkan kita tidak mengetahui

Berdoa Nabi Musa a.s. :


"
Rabbi shrahli shadri,
Wa yassir li amri"
[Ya Tuhanku! Lapangkanlah dadaku,
Dan jadikanlah urusanku mudah bagiku]
(20:25-26)